Wednesday, March 31, 2021

BBM3420-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

         > Penerimaan/

Penafian

          > Keperluan

        > Perujukan

           > Anafora

          >  Pengulangan

           > Kekaburan

           > Penegasan

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi   bercampur

           > Perangai

           > Personaliti

           > Mood

          > Motivasi

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

           > Jujur, ikhlas, baik hati, sayang, kerajinan, kesyukuran, keserdahanaan.

          >  Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

           > Hormat menghormati, Kerjasama, semangat kemasyarakatan

         >  Keadilan, kebebasan, rasional.

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan Bahasa

4. Lingustik

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik

3. Penutup kata

 

Berdasarkan rajah ditas dapat kita lihat bahawa pendekatan analisi wacana terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pra-andaian, emosi, nilai dan budaya,Bahasa dan inferens. Pra- Andaian merupakan satu keputusan atau perkara yang dinyatakan sebelum hujah atau Tindakan dilakukan. Pra-Andaian terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu intuisi dan konteks.  Intuisi merupakan satu kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa perlu pemikiran yang rasional dan intelektual. Konteks pula terbahagi kepada 7 perkara iaitu penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Seterusnya ialah emosi. Emosi juga merupakan salah satu cara pendekatan analisis wacana. Emosi terbahagi kepada tiga yang utama iaitu positif, negative dan emosi bercampur seperti perangai, personality,mood dan motivasi. Emosi ini akan muncul apabila berlakunya rangsangan samaada dari dalam diri sendiri ataupun rangsangan dari luar. Selain itu ialah nilai dan budaya. Nilai dan budaya terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu diri, masyarakat dan adat.  Nilai yang sering dikaitkan ialah seperti jujur, baik hati, hemah tinggi, keberanian, Kerjasama, hormat menghormati dan keadilan.

Bahasa juga merupakan salah satu cara pendekatan analisis wacana. Bahasa yang sering dianalisis dalam wacana ialah Bahasa pertama/kedua/ketiga dan Bahasa lain. Selain itu dalam wacana juga Bahasa terbahagi kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan Bahasa dan aspek lingustik juga dianalisis dalam wacana. Yang terakhir ialah inferens. Inferens terdiri dari 3 aspek utama iaitu rumusan keseluruhan, rumusan logic dan penutup kata.

Sumber rujukan :

 Normaliza Abd Ralim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi : Penerbit UMT, Kuala Nerus



No comments:

Post a Comment

Kata Nama Khas Tahun 2

Kata Nama Khas  1.Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu nama secara khas. Proper nouns are words used to express...