NURUL KHAIRULLAH
BIN AMIRRULLAH
201807
RINGKASAN
CERITA SOSIAL 2
Bapa Alim membeli banyak
buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, duku dan banyak lagi daridapa
pasar tani. Setelah sampai di rumah, ayah menyuruh Abang Imran untuk memanggil
Madinah, Alim dan Aisyah. Lalu Abang Imran pun memanggil semua ahli keluarga
untuk Bersama-sama menjamah buah-buahan yang dibeli oleh ayah. Madinah belari
dengan perasaan yang sangat teruja dan mengatakan bahawa dia mahu makan
manggis. Buah manggis merupakan buah kesukaanya. Ibu menyediakan bakul sampah
dan berpesan kepada semua agar membuang sampah ke dalam bakul sampah. Perkara
dapat mengelakkan Abang Imran, Alim, Madinah dan Aisyah membuang sisa
buah-buahan sesuka hati. Ibu juga tidak mahu rumah menjadi kotor dan bersepah.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh ibu, mereka semua mengganguk tanda
faham. Dalam keseronokan menjamah buah-buahan yang dibeli oleh ayah, Alim
tiba-tiba berkata mahu memberikan sedikit buah-buahan kepada sahabatnya
Sulaiman, Alim menyatakan bahawa dia teringat pesan ibu dan ayahnya iaitu
berkongsi makanan dan barang yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik.
Ayah dan ibu Alim berasa sangat gembira dan sedih dalam masa yang sama kerana
Alim mengigati pesan mereka. Setelah selesai berbicara, ibu terus mengambil plastik
merah dan mengisi buah-buahan di dalamnya. Setelah selesau Alim pun bergerak
menuju ke rumah Sulaiman. Sulaiman
merupakan anak kepada Mak cik Timah dan Pak cik Yakub. Mereka merupakan jiran
kepada nenek dan datuk Alim. Setelah tiba di rumah Sulaiman, Alim bertemu
Sulaiman dan menyerahkan plastik berisi buah-buahan kepada Sulaiman. Sulaiman
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Setelah selesau menyerahkan buah-buahan
kepada Sulaiman Alim pun berlari untuk mendapatkan keluarga Kembali. Dalam
perjalanan pulang Alim bertemu dengan ibu kepada Sulaiman iaitu, Mak Cik Timah.
Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi berkongsi rezeki dengan
keluarganya. Alim mengarakan bahawa Mak cik Timah dan Pak cik Yaakub merupakan
jiran yang baik dan kita mestilah baik dengan jiran. Kata-kata Alim membuatkan
Makcik Timah sedikit tersentuh dan sebak. Keadaan ini menyebabkan raut wajah
Makcik Timah berubah sedih, Alim berasa hairan dan bertanya mengapa Mak cik
Timah sedih. Tetapi Mak cik Timah menyatakan bahawa dia bukan sedih tetapi
gembira kerana alim sangat baik dengan anaknya Sulaiman. Alim menyatakan bahawa
dia suka berkawan dengan Sulaiman dan Sulaiman merupakan kawan baik Alim.
Setelah selesai berborak kecil, Alim meneruskan perjalanannya menuju ke rumah. Sebelum
hilang ke dalam rumah Alim sempat melambai Mak cik Timah yang menghantar Alim
dengan pandangan yang sebak kerana gembira. Setalah Alim sudah hilang dari
pandangan Mak cik Timah bergerak menuju ke dalam rumahnya. Dalam hati dia
mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim dan Keluarganya.
No comments:
Post a Comment