Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

 

 

1.       MUDAH

 Grafik yang mudah difahami  oleh penglihatan seseorang. Mesej yang ingin disampaikan juga mudah difahami

 

2.       WARNA

Kombinasi warna dalam grafik dapat menarik seseorang untuk fokus kepada mesej yang ingin disampaikan

 

3.       TEKS

Penggunaan jenis,saiz dan warna font sangat penting dalam sesuatu grafik. perkara ini agar mesej yang disampaikan mudah difahami

 

4.       KESESUAIAN

Grafik haruslah bersesuaian dengan latar  iaitu latar masa, latar tempat dan latar watak.

 

5.       KESEIMBANGAN

Keseimbagan dalam grafik bermaksud ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah haruslah seimbang dalam grafik tersebut

 

 

SUMBER : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa : Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor





BBM3420-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

         > Penerimaan/

Penafian

          > Keperluan

        > Perujukan

           > Anafora

          >  Pengulangan

           > Kekaburan

           > Penegasan

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi   bercampur

           > Perangai

           > Personaliti

           > Mood

          > Motivasi

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

           > Jujur, ikhlas, baik hati, sayang, kerajinan, kesyukuran, keserdahanaan.

          >  Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

           > Hormat menghormati, Kerjasama, semangat kemasyarakatan

         >  Keadilan, kebebasan, rasional.

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan Bahasa

4. Lingustik

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik

3. Penutup kata

 

Berdasarkan rajah ditas dapat kita lihat bahawa pendekatan analisi wacana terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pra-andaian, emosi, nilai dan budaya,Bahasa dan inferens. Pra- Andaian merupakan satu keputusan atau perkara yang dinyatakan sebelum hujah atau Tindakan dilakukan. Pra-Andaian terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu intuisi dan konteks.  Intuisi merupakan satu kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa perlu pemikiran yang rasional dan intelektual. Konteks pula terbahagi kepada 7 perkara iaitu penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Seterusnya ialah emosi. Emosi juga merupakan salah satu cara pendekatan analisis wacana. Emosi terbahagi kepada tiga yang utama iaitu positif, negative dan emosi bercampur seperti perangai, personality,mood dan motivasi. Emosi ini akan muncul apabila berlakunya rangsangan samaada dari dalam diri sendiri ataupun rangsangan dari luar. Selain itu ialah nilai dan budaya. Nilai dan budaya terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu diri, masyarakat dan adat.  Nilai yang sering dikaitkan ialah seperti jujur, baik hati, hemah tinggi, keberanian, Kerjasama, hormat menghormati dan keadilan.

Bahasa juga merupakan salah satu cara pendekatan analisis wacana. Bahasa yang sering dianalisis dalam wacana ialah Bahasa pertama/kedua/ketiga dan Bahasa lain. Selain itu dalam wacana juga Bahasa terbahagi kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan Bahasa dan aspek lingustik juga dianalisis dalam wacana. Yang terakhir ialah inferens. Inferens terdiri dari 3 aspek utama iaitu rumusan keseluruhan, rumusan logic dan penutup kata.

Sumber rujukan :

 Normaliza Abd Ralim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi : Penerbit UMT, Kuala Nerus



Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

Assalaumuailuk dan Salam Sejahtera sahabat maya Ankaa.

Ini merupakan tugasan kedua yang Ankaa perlu selesaikan iaitu Ankaa perlu senaraikan watak, latar tempat, latar masa, latar masyarakat, emosi positif dan emosi negatif berdasarkan Cerita Sosial 1 dalam buku kajian wacana.

 

Watak

WATAK

PENERANGAN

ALIM

ALIM DAN KELUARGA AKAN PULANG KE KAMPUNG

NENEK

NENEK MEMUJUK ALIM

DATUK

DATUK BERDIRI DI HADAPAN REBAN BAHARU YANG TERLETAK 50 METER DARI REBAN LAMA

IBU DAN BAPA

IBU DAN BAPA PULA SIBUK MENGELUARKAN BEG DARI DALAM KERETA

ABANG IMRAN

ALIM DUDUK DI RUANG TAMU SAMBIL MENONTON TELEVISYEN BERSAMA ABANG IMRAN, KAK MADINAH DAN AISYAH

KAK MADINAH

KAK MADINAH JUGA MENGANGKAT BEG MASING-MASING KE DALAM RUMAH NENEK DAN DATUK

AISYAH

ALIM KETAWA BERSAMA ABANG IMRAN, KAK MADINAH DAN AISYAH

 

Latar Tempat

LATAR TEMPAT

PENERANGAN

KAJANG, SELANGOR

ALIM AKAN PULANG KE KAMPUNG NENEK DAN DATUK DI KAJANG

REBAN AYAM LAMA

ALIM MENANGIS DI TEPI REBAN KERANA AYAM DAN ITIK TIDAK ADA DI REBAN

REBAN AYAM BARU

ALIM MELIHAT DATUK BERDIRI DI HADAPAN

RUMAH DATUK DAN NENEK

ABANG IMRAN DAN KAK MADINAH MENGANGKAT BEG KE DALAM RUMAH NENEK.

RUANG TAMU

ALIM DUDUK DIRUANG TAMU SAMBIL MENONTON TELEVISYEN BERSAMA ABANG IMRAN, KAK MADINAH DAN AISYAH

 

Latar masa

LATAR MASA

PENERANGAN

SETELAH 30  MINIT PERJALANAN

SETELAH 30 MINIT PERJALANAN, MEREKA PUN SAMPAI. ALIM TERUS KELUAR DAN MENCARI AYAM DAN ITIK.

 

 

 

Latar Masyarakat

LATAR MASYARAKAT

BUKTI CERITA

MASYARAKAT PENTERNAK

DATUK DAN NENEK ALIM MENTERNAK AYAM DAN ITIK DI KAMPUNG.

MASYARAKAT PENYAYANG

ALIM YANG SEDIH APABILA MELIHAT AYAM DAN ITIK TIDAK ADA DIREBAN MEMBUKTIKAN ALIM SAYANG AKAN BINATANG

MASYARAKAT TOLONG MENOLONG

ALIM MENANGIS TANPA SEBAB NAMUN NENEK, DATUK, AYAH DAN IBU ALIM CUBA UNTUK MEMBANTU ALIM WALAU MEREKA SEDIH MELIHAT KEADAAN ALIM.

 

Emosi Positif

 

EMOSI POSITIF

 

BUKTI CERITA

KASIH SAYANG DIANTARA MANUSIA

DATUK DAN NENEK SAYANG AKAN ALIM. NENEK SABAR MEMUJUK ALIM YANG MENANGIS KERANA MELIHAT KEADAAN RUMAH DATUK DAN NENEK SUDAH BERBEZA

KASIH SAYANG ANTARA MANUSIA DAN HAIWAN

ALIM MENANGIS BILA MELIHAT AYAM DAN ITIK SUDAH TIDAK ADA DI REBAN LAMA.

TOLONG MENOLONG.

WALAU SEDIH MELIHAT KEADAAN ALIM YANG MENANGIS TANPA SEBAB, DATUK, NENEK, AYAH DAN IBU CUBA UNTUK MEMBANTU ALIM

HUBUNGAN KELUARGAN YANG ERAT

KEPULANGAN ALIM DAN KELUARGA MEMBAWA SUASANA YANG BERBEZA DARIPADA BIASA MEMBUATKAN HUBUNGAN ANTARA MEREKA LEBIH RAPAT DAN ERAT

TERUJA

ALIM TIDAK SABAR UNTUK PULANG KE KAMPUNG.

 

Emosi negatif

EMOSI NEGATIF

PENERANGAN

BERSANGKA BURUK

ALIM YANG SELALU MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA SIASAT TERLEBIH DAHULU. SEPERTI KEBERADAAN AYAM DAN ITIK DI REBAN DAN KEADAAN RUMAH NENEK DAN DATUK YANG BERBEZA DARI ASAL. ALIM TERUS MENANGIS TANPA MENGETAHUI HAL YANG SEBENAR TERLEBIH DAHULU.

KECEWA DAN SEDIH

ALIM SEDIH, ALIM MARAH, ALIM MENANGIS TIDAK TAHU MENGAPA AYAM DAN ITIK TIADA DI KAMPUNG.

 

SUMBER :

Normalisa Abd Halim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus





BBM3410-2021-MINGGU 1A

 

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera sahabat maya semua. 👋

Bagaimana khabar kalian pada hari ini ?

Semoga semua sihat dan baik-baik saja ya. Semoga semua selalu dalam lindungan Allah SWT, aamiin ya rabbal a'alamin. 😄

Baiklah sahabat semua, kerana ini adalah postingan pertama Ankaa, Ankaa rasa lebih baik Ankaa kenalkan diri dulu, sebab kata orang “tak kenal maka tak cinta”. 😆 

Betul tak? Mungkin lepas Ankaa dah kenalkan diri pada sahabat semua, makin ramai yang sayangkan Ankaa. HEHEHHEHE 😂

Baiklah sahabat semua, nama sebenar Ankaa ialah Nurul Khairullah bin Amirrullah. Mesti semua fikir kenapa nama Ankaa tak ada kaitan dengan nama asal Ankaa kan? 😕. 

Sebenarnya “Ankaa” merupakan nama sejenis bintang. Ankaa memang minat sangat dengan bintang bagi Ankaa bintang dapat menenangkan fikiran Ankaa yang kusut.  Tapi kalau sahabat nak panggil nama asal Ankaa pun, Ankaa tak kisah. Biasanya orang akan memanggil Ankaa dengan panggilan Khai atau Khairul. 😎

Oh iya sahabat, Ankaa lahir di Pulau Pinang pada tanggal 16 Jun tahun 1999 dan Ankaa memang orang Pulau Pinang kerana mak dan ayah Ankaa juga berasal dari Pulau Pinang. Ankaa merupakan anak keempat dari lapan bersaudara. HAHAHAHA. Mesti sahabat fikir ramaikan saudara Ankaa. Perkara ini dah biasa. ramai ja yang terkejut kalau Ankaa bagitahu jumlah adik beradik Ankaa. 😃 

Tahun ini Ankaa berusia 22 tahun. Ankaa merupakan seorang pelajar Universiti Puta Malaysia. Tahun ini merupakan tahun kedua Ankaa menjadi seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Ankaa merupakan seorang pelajar jurusan Bahasa dan Lingustik Melayu. Memang dari kecil Ankaa minta dalam bidang Bahasa.

Sekian perkenalan singkat diri Ankaa. Ankaa ucapkan selamat berkenalan dan terima kasih sudi membaca blog Ankaa. 💓

Ohhh lagi satu sebelum Ankaa lupa, disini Ankaa sediakan gambar Ankaa supaya sahabat lebih mengenali Ankaa. HIHIHIHIHI

 


Kata Nama Khas Tahun 2

Kata Nama Khas  1.Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu nama secara khas. Proper nouns are words used to express...