Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera sahabat maya semua. 👋

Bagaimana khabar kalian pada hari ini ?

Semoga semua sihat dan baik-baik saja ya. Semoga semua selalu dalam lindungan Allah SWT, aamiin ya rabbal a'alamin. 😄

Baiklah sahabat semua, kerana ini adalah postingan pertama Ankaa, Ankaa rasa lebih baik Ankaa kenalkan diri dulu, sebab kata orang “tak kenal maka tak cinta”. 😆 

Betul tak? Mungkin lepas Ankaa dah kenalkan diri pada sahabat semua, makin ramai yang sayangkan Ankaa. HEHEHHEHE 😂

Baiklah sahabat semua, nama sebenar Ankaa ialah Nurul Khairullah bin Amirrullah. Mesti semua fikir kenapa nama Ankaa tak ada kaitan dengan nama asal Ankaa kan? 😕. 

Sebenarnya “Ankaa” merupakan nama sejenis bintang. Ankaa memang minat sangat dengan bintang bagi Ankaa bintang dapat menenangkan fikiran Ankaa yang kusut.  Tapi kalau sahabat nak panggil nama asal Ankaa pun, Ankaa tak kisah. Biasanya orang akan memanggil Ankaa dengan panggilan Khai atau Khairul. 😎

Oh iya sahabat, Ankaa lahir di Pulau Pinang pada tanggal 16 Jun tahun 1999 dan Ankaa memang orang Pulau Pinang kerana mak dan ayah Ankaa juga berasal dari Pulau Pinang. Ankaa merupakan anak keempat dari lapan bersaudara. HAHAHAHA. Mesti sahabat fikir ramaikan saudara Ankaa. Perkara ini dah biasa. ramai ja yang terkejut kalau Ankaa bagitahu jumlah adik beradik Ankaa. 😃 

Tahun ini Ankaa berusia 22 tahun. Ankaa merupakan seorang pelajar Universiti Puta Malaysia. Tahun ini merupakan tahun kedua Ankaa menjadi seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Ankaa merupakan seorang pelajar jurusan Bahasa dan Lingustik Melayu. Memang dari kecil Ankaa minta dalam bidang Bahasa.

Sekian perkenalan singkat diri Ankaa. Ankaa ucapkan selamat berkenalan dan terima kasih sudi membaca blog Ankaa. 💓

Ohhh lagi satu sebelum Ankaa lupa, disini Ankaa sediakan gambar Ankaa supaya sahabat lebih mengenali Ankaa. HIHIHIHIHI

 


1 comment:

Kata Nama Khas Tahun 2

Kata Nama Khas  1.Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu nama secara khas. Proper nouns are words used to express...