Rujukan buku: Normaliza Abd Halim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Hai semua sahabat Ankaa !!!
Hari ni Ankaa nak berkongsi satu ilmu baru kepada semua sahabat Blog Ankaa iaitu ilmu tentang Teori Analisis Wacana Kritis ( Fairlough, 1995)
Teori ni terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial.
Analisis tekstualoleh dilihat melalui tiga cabang, iaitu tatabahasa, leksikal dan kohesi. Dari segi bahasa, ia mengetengahkan tema manakala dari segi leksikal pula ia dapat dilihat melalui aspek metafora. Akhir sekali, kohesi pula dapat dinilai dari aspek pengulangan dan konjuksi.
Selain itu, analisis wacana praktis pula terbahagi kepada interteklualiti dan interdiskusi. Interteklualiti dapat dilihat melalui pra-andaian, metawacana dan penafian manakala interdiskusi pula mengetengahkan naratif, perbahasan, ekspositori dan luahan.
Akhir sekali, analisis praktis sosial pula dapat dilihat melalui aspek ekonomi, pendidikan dan politik.
Setakat tu saja dari Ankaa. Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment