BAHAN GRAFIK IKLAN KASUT
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
1. BANTING/BANNER
Posisi kasut:
Kedudukan kasut kelihatan seimbang dan saiz kasut dalam pengiklanan ini tidak telalu besar sehingga menutupi elemen lain dalam banner tersebut.
Latar belakang elemen batu-bata:
Pemilihan latar belakang ini adalah untuk
mengurang kan penggunaan warna kelabu yang terlalu banyak dan memasukkan
sedikit warna yang sedikit gelap untuk menonjolkan warna latar teks yang
menggunakan bahasa Inggeris kelihatan menjadi lebih estetik.
Penggunaan bahasa Inggeris:
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengiklanan
ini adalah kerana target jualan ini bukan hanya tertumpu kepada orang tempatan sahaja.
Laman sesawang:
Kedudukan aplikasi-aplikasi tersebut yang
berada di sudut kanan bawah sesuai
kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan
ini dilakukan. Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak
terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
Latar belakang warna kelabu
Latar belakang
ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta ingin memfokuskan
kedudukan kasut tersebut.
Jenis bahan bunting
Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk
segi empat dan bahan yang akan digunakan untuk bunting tersebut ialah daripada jenis polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis
plastik yang diklasifikasikan sebagai bahan yang sangat tahan lama (sesuai
digunakan untuk promosi luar) dan tidak mudah koyak.
Posisi Kasut
Kasut yang akan dihasilkan akan diletakkan dibahagian tengah gambar (center) supaya menjadi daya tarikan utama. Jenama juga diletakkan dibahagian tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya akan memandang jenama terlebih dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat jenama Eleven11.
Slogan
Slogan bagi jenama ini diletakkan juga dibahagian atas supaya pembeli akan melihat syarikat kasut ini mempunyai pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan mengikut warna tema kasut iaitu merah hitam.
Latar Belakang
Latar belakang (background) pamphlet adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik minat pembeli . Malah kasut ini juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai dengan latar yang disediakan.
Laman Sesawang
Kedudukan website atau laman sesawang
bagi syarikat ini berada di sudut kanan
bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan
dalam masa yang sama memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat.
Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar.
3. POSTER
Berdasarkan
poster diatas dapat kita lihat bahawa terdapat gabungan warna yang sangat
menarik dan dapat menarik lebih perhatian audiens. Warna latar belakang yang
gelap iaitu hitam dan sedikit oren dilihat mampu untuk menaikkan gambar kasut
didalam poster. Selain itu, warna kuning seakan-akan percikan api di belakang
kasut dilihat bersesuai dengan latar belakang yang digunakan.
Selain
itu, motto atau slogan produk ditulis dengan besar agar mesej yang ingin
disampaikan kepada audien dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Selain itu,
jenis font yang digunakan sangat sesuai. Saiz font juga besar agar tulisan
lebih jelas dan dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Warna font juga
bersesuaian dengan latar poster. Warna yang dipilih dapat dilihat kerana lebih
menonjol daripada latar belakang.
Nama
syarikat juga diletakkan dalam poster supaya audiens mengetahui dengan jelas
syarikat yang keluarkan produk tersebut. Nama dan logo syarikat diletakkan di
bahagian tengah atas supaya audiens jelas dan tahu dari mana syarikat itu
dikeluarkan dengan baik.
Susunan
yang digunakan dalam poster sangat baik dan tidak terlalu rumit. Hanya beberapa
elemen yang digunakan. Oleh itu, poster tidak terlihat semak dengan pelbagai
benda yang tidak berguna. Hal ini
menyebabkan poster tersebut mudah difahami kerana poster tersebut riingkas dan
berkesan.
4. GAMBAR/FOTO
Posisi Kasut
Kedudukan kasut diletakkan pada bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.
Warna latar belakang & warna kasut
Warna latar belakang yang digunakan dalam gambar ini ialah kelabu gelap. Warna kelabu gelap dipilih supaya bersesuaian dengan gambar kasut yang bewarna putih. Pemilihan warna kelabu gelap sebagai latar belakang membuatkan gambar kasut kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pemilihan warna kasut juga penting untuk memastikan sesuatu gambar itu mampu menarik minat pelanggan. Jadi, warna putih merupakan gabungan yang sesuai dengan warna latar iaitu kelabu gelap.
Elemen teks
Elemen teks digunakan untuk menjelaskan lagi gambar dan menjadi elemen penerangan kepada grafik. Saiz fon yang digunakan tidak terlalu kecil dan juga bersesuaian dengan gambar tersebut. Warna putih dipilih supaya elemen teks akan menyerlah. Penggunaan teks yang bersesuaian dari segi saiz dan warna dapat membantu menyampaikan mesej dengan baik. Penggunaan kotak yang bewarna merah di sekeliling bertujuan untuk menaikkan dan meyerlahkan lagi penggunaan elemen teks yang terdapat di dalam gambar.
Logo
Penggunaan logo sangat
penting supaya seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali
sesuatu produk atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga
berperanan sebagai identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau
perniagaan. Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang
terdapat dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan
kepada pelanggan.
5. BILLBOARD
Kedudukan jenama kasut diletakkan di tengah-tengah bagi menonjolkan jenama kasut tersebut. Di samping itu, kedudukan jenama tersebut dapat memudahkan pelanggan mengetahui jenama kasut tersebut. Jenama kasut dipaparkan bagi menarik minat pelanggan untuk cuba mencari info tentang kasut tersebut atau melihat penilaian tentang syarikat kasut tersebut berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pelanggan mereka.
Teks dimasukkan bagi menarik perhatian pelanggan. Saiz teks dibesarkan bagi memudahkan penglihatan pelanggan untuk membacanya. Jenis font pula yang mudah dibaca walaupun sekilas pandang sahaja. Warna font pula menggunakan warna font yang sedikit terang tetapi masih dalam kategori warna pastel. Ia sesuai digunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Teks yang digunakan tidak terlalu berat untuk difahami dan juga bukan sahaja memfokuskan masyarakat tempatan malah ia juga fokuskan kepada penduduk warga asing. Malah teks digunakan tersebut sebagai ayat pemujuk kepada pelanggan untuk membelinya.
Menggunakan warna latar berwarna gelap bagi menimbulkan teks dan gambar kasut yang digunakan. Berdasarkan pada pemilihan warna latar hanya menggunakan satu warna sahaja. Ini kerana untuk tidak terlalu fokuskan kepada penggunaan warna latar. Warna biru dipilih kerana warna biru merupakan warna yang tenang. Pelanggan akan senang untuk membaca teks atau melihat gambar yang dipaparkan kerana mereka tidak perlu untuk lebih fokus pada warna latar. Faktor pemilihan warna latar berdasarkan warna kasut dan juga elemen teks yang dimasukkan.
Posisi kasut pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks
yang berada di kiri dan kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana
pelanggan boleh melihat terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah
mengetahui bahawa iklan tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut
yang berwarna merah dan bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.
6. VIDEO
Bahagian 1 (Saat 0-11) : Rakaman model berjalan memakai kasut
·
Tujuan : memfokuskan fungsi kasut tersebut dan bagaimana
ia kelihatan apabila dipakai
·
Untuk
memberi gambaran kepada audiens/pengguna
Bahagian 2 (Saat 12-20) :
Rakaman jarak dekat (zoom in) pada kasut yang dipakai model
·
Tujuan : memfokuskan fitur-fitur dan reka bntuk kasut
tersebut
·
Supaya
audiens dapat melihatnya dengan lebih dekat dan jelas
Bahagian 3 (Saat 21-23) :
Rakaman kasut yang dipakai oleh model dari jarak jauh bersama jenama kasut
·
Tujuan : untuk memaklumkan kepada audiens tentang
jenama kasut tersebut
·
Jarak
dan sudut rakaman kasut tersebut pada ketika ini adalah sedikit jauh kerana
kasut bukan fokus utama tetapi masih di dalam konteks
·
Oleh
kerana fokus utama bahagian ini ialah jenama kasut, logo “ELEVE11” diletakkan
dengan saiz yang besar di sebelah kanan kasut.
·
Pemilihan
posisi jenama juga penting dan ia diletakkan di sebelah kanan agar menampakkan
keseimbangan dalam grafik tersebut
·
Rakaman
kasut di posisi tertentu juga dibekukan beberapa saat agar audiens dapat
melihat dengan jelas dan faham bahawa apa yang ingin disampaikan adalah kasut
dan jenamanya – bersesuaian – bukan jenama beg, jenama kereta tetapi jenama
kasut
Bahagian 4 (Saat 23-25) :
Slogan jenama/syarikat kasut
·
Tujuan : untuk menarik perhatian audiens
·
“Every
shoe has a story” merupakan slogan pilihan syarikat/jenama “ELEVE11”
·
Pemilihan
warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di bahagian ini adalah hitam, putih
dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan senang apabila dipandang
· Pilihan
warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A” adalah kontra dengan warna latar belakang,
iaitu hitam. Dengan ini, teks tersebut akan kelihatan lebih menonjol dan jelas
·
Pilihan
warna merah pada teks “STORY” menunjukkan bahawa perkataan ini ingin ditekankan
kepada audiens untuk memujuk audiens mencipta cerita sendiri melalui kasut
tersebut – dapatkan dan alami secara sendiri – beli dan pakai
Pemilihan latar
Latar belakang : pilihan latar belakang yang
dicadangkan semasa membuat rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya
bersesuaian dengan fungsi kasut yang dipakai untuk berjalan, melakukan aktiviti
kasual
Muzik latar : muzik yang dicadangkan ialah muzik
yang rancak, suspens dan menarik – agar audiens tidak mudah bosan menonton
iklan tersebut dan ingin terus menonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Durasi video : durasi video adalah selama 25 saat
sahaja – durasi video yang di bawah 30 saat boleh dikatakan durasi yang ideal –
ianya cuma video ringkas dan tidak akan menggunakan banyak waktu audiens untuk
menonton iklan ini tetapi masih mengandungi informasi-informasi tentang kasut
Info harga : harga kasut tidak dimasukkan di
dalam video. Hal ini kerana, fokus utama video ini adalah untuk memaklumkan
tentang kasut yang baru sahaja dikeluarkan oleh syarikat kepada audiens –
bagaimana rupa bentuk kasut
No comments:
Post a Comment