CELIK BAHASA ISYARAT
Rujukan : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Rancangan Sembang Tamu yang di
bawah kendalian pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 April lalu mengangkat
tentang "Celik Bahasa Isyarat" yang dibincangkan bersama Prof. Dr
Normaliza Abd Rahim. Perkongsian yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza dalam
video berkenaan menceritakan tentang pentingnya mempelajari bahasa isyarat ini.
Hal ini kerana, bahasa isyarat mempunyai banyak kelebihannya seperti boleh
berkomunikasi dengan orang yang kurang upaya dalam pendengaran dan bisu.
Selain berguna
untuk berkomunikasi dengan orang yang kurang upaya, mempelajari bahasa isyarat
juga boleh menyebabkan kita lebih mahir untuk memahami bahasa isyarat itu
sendiri. Prof. Dr Normaliza juga menegaskan bahawa bahasa isyarat ini juga
bukan sahaja untuk golongan yang kurang upaya. Orang yang bukan dari golongan
orang kurang upaya juga boleh mempelajari bahasa isyarat ini bahkan sepatutnya
tahu tentang asas bahasa isyarat ini.
Beliau menegaskan
dalam video tersebut bahawa keinginan tanpa usaha tidak membuahkan hasil.
Namun, usaha tanpa minat juga hanyalah satu sia-sia. Oleh sebab itu, keinginan,
minat dan usaha perlu seiring dalam mempelajari bahasa isyarat ini.
Kesimpulannya,
bahasa isyarat ini seharusnya menjadi salah satu bahasa yang perlu dipelajari
oleh setiap orang. Hal ini kerana, dengan mempelajari bahasa isyarat
menyebabkan kita lebih menghargai orang yang kurang upaya ini.
No comments:
Post a Comment